
Ahad.....Kami sekeluarga balik kampung emak di Temerloh kerana menghadiri kenduri Tok saudara yang mengahwinkan cucunya. Jadi sofeyya pergi jumpa dengan moyang dialaaa.Walaupun hanya pangkat moyang saudara, aku mahu dia tahu ada ramai moyang, atuk dan nenek saudaranya. Selalu kalau naik kereta sofeyya akan tidur, kali tak pulak...elok je mata dia melilau melihat pemandangan sekeliling. Aku pula akan bercerita padanya ini apa...itu apa...biar pun mungkin dia tak faham...aku percaya suatu masa nanti dia boleh terima dan mengerti. Sampai ke kenduri, kami makan2. Mak2 saudara yang dah lama tak jumpa tu...semua berkerumun kat sofeyya sebab nak tengok cucu baru. Jadi..kami senanglaa nak makan sebab ada orang yang tolong pegang. Yang lucunya bila kita kenalkan pada moyang dia, punyalah dia suka sampai terkekeh2.....selama ni tak pernah pun dia gelak beria...selalu tu sengih2 je. Punya la suka dia tengok moyang dia, bila orang tua tu hulur tangan, terus dia tangkap masuk mulut...ada bau duit kot!!! hehehehe...sudahnya dia pun duduk laa kat moyang tu.
Oh sebelah mak, soffeya ada 3 orang moyang, sedih juga di sudut hatiku, sebab tok aku sendiri, moyang sofeyya yang sebenar sudah hampir 9 tahun meninggal, bila melihat muka tok saudara yang ada iras-iras tok, aku terbayang kenangan lalu. Kepandaiannya melukis, menulis khat...tak de siapa yang boleh menandinginya...dan sayangnya kepandaian itu tidak langsung diwarisi oleh anak cucunya....Aku berharap..moga2 sofeyya akan mewarisi kepandaian moyangnya dalam seni lukis....Insya Allah.
Isnin....jaga exam..jaga exam, cuti 2 hari soo..aku kenalah pulun jaga exam. dapat student yang dengar cakap.Alhamdulillah...dapat student foreigner yang x faham english tuuu...lingkup. Dia buat kelas exam macam dewan kuliah. Aku punyalah bagi warning....sampai terkeluar Bahasa Arab!!!! .....peliknya...faham pulak.tahu pulak diam.....hehehehe....


No comments:
Post a Comment