Isnin datang lagi......bermakna paparan kerja akan bersambung semula, begitu juga dengan kehidupan setelah 2 hari bercuti. Pada aku....bila isnin menjelang, bermakna dia akan ku tinggalkan...dia la pengarang hatiku Sofeyya. Terasa tertinggal sebahagian hati bila dia ditinggalkan, terasa kering air mata kerana dia tiada di depan mata. Hakikatnya ada satu situasi yang kita terpaksa lakukan...walaupun kita tak mahu lakukan...(cewah..apa2 tah)
Aku nak ulas isu berita hari ini yang perbicaraan mengenai seorang ibu yang disabit membunuh anak kandungnya yang berumur 3 tahun dan cuba menyuruh anak tirinya berumur 14 tahun mengaku membunuh adiknya kerana tidak mahu disabitkan bersalah. Masya Allah...entahlaaa..kemana la perginya rasa keibuan ibu. Apa yang menyedihkan ibu itu sanggup memukul, menendang dan membaling anak sekecil itu ke dinding di sebabkan anak itu buang air. Anak yang meraung menangis boleh terhenti disebabkan kesakitan yang amat sangat. Lebih malang ibu itu membaling anaknya ke arah anak tirinya yang berumur 14 tahun itu namun ianya gagal disambut.
Serasanya tak boleh diterima bila kemarahan menguasai situasi, seorang ibu boleh hilang rasa kasih sayang pada anak. Maka pergi la anak itu menghadap Ilahi seorang diri di atas sofa setelah dibiarkan muntah2 selama 2 hari.
Tak terkata pilunya bila membaca berita itu, barangkali kerana naluri keibuan yang emosional menyebabkan semua ibu2 kat ofis aku ni rasa nak tendang sama ibu yang tak bertanggungjawab itu.
Dan aku tentunya hanya terbayang muka Sofeyya.....tak terbayang kalau anak yang manja, montel dan asyik tertawa itu di buat begitu padanya. Nauzubillah...
Semoga kita ada kesedaran dan keinsafan dalam diri. Perasaan kemanusiaan itu harus ada pada semua orang, kerana ternyata salah bila mengatakan semua ibu itu mempunyai naluri kasih sayang istimewa pada anak2nya. Itulah yang telah dibuktikan pada ibu yang 'sangat istimewa itu' kerana padanya kasih sayang tidak pernah wujud.!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment