Tuesday, January 09, 2007

Pertemuan Bukan milik Kita

Barangkali ini adalah kesempatan yang terulung buat tahun ini untuk aku menulis kerana aku tidak pasti bila lagi kesempatan untuk menulis akan ada. Oh yeee..aku dah resign dari office ni untuk menceburkan diri dalam bidang cikgu sekolah pulak. Alhamdulillah. rezeki sofeyya yang aku tunggu2 ada juga. Aku memilih bidang ini sebenarnya kerana Sofeyya lah aku nak dia berada di sisiku pula...sentiasa... Kalau di kirakan bidang pendidikan. Sekarang pun aku masih mengajar...bezanya sekarang ajar budak besar...nanti ajar budak kenit.Esok adalah hari terakhir aku di sini. Sedih + Terharu bercampur baur. Aku senang kat sini sebenarnya. Namun tuntutan keadaan dan peluang yang lebih baik...aku kira aku perlu berubah. Bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi untuk masa depan keluarga dan anak2.
Kehidupan bukan milik kita sahaja. Pengorbanan kadangkala menuntut sesuatu yang lebih dari sepatutnya dalam kiraan sendiri. Namun sesungguuhnya Allah Maha Mengetahu. Dia pasti tidak akan membebankan sesuatu yang tak mampu dipikul oleh hamba2Nya. Dan percaya lah segala ketentuan itu akan mengajar kita mencari dan menadapat sesuatu yang sangat besar dan bermakna.

Sofeyya ku titip kan pada emak kat kampung...sebab ibunya kena masuk asrama pulak. Rindunya laaaa.....

Dan aku tengah cuba untuk menyiapkan cerpen terbaru aku 'Pertemuan Bukan Milik Kita'. Sebuah kisah benar yang cukup lama untuk aku adaptasikan menjadi cerita yang ingin aku kongsi bersama. Tunggu!!!!