Wednesday, December 10, 2008

Perkembangan baby Adlin Mukhriz..

Pada 25.11.2008 sempat menziarahi mama Kemar dan baby Adlin di kediamannya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.Baby Adlin dah cepat membesar.Seronok lihat perkembangannya.
Sofeyya pun suka usik baby nih..geram kot..!

sentiasa senyum jer baby adlin nih..
sofeyya jangan usik baby tauu..!
baby adlin dah nak tidur ker nih?
..cakk.!!
sempat lagi kakak sofeyya dan kakak amalin nih..berposing.!

Hepi mama Kemar sebab dapat anak 'sepasang'..lelaki dan perempuan.
nak tambah lagi ker tahun depan?..hehehe..
usaha..jangan tak usaha..! hikhik

Trip ke Cameron Highlands..

Pada 22.11.2008 yang lepas, kami merancang untuk pergi bercuti ke Cameron Highlands bersempena musim cuti sekolah.Sofeyya pun belum pernah ke sini lagi.Penginapan telah ditempah dua minggu lebih awal.Cuaca cerah membuatkan percutian berjalan lancar dan menyeronokkan.
tiba di Berincang..nak cari tempat makan tengahari..sofeya dan muaz dah melonjak hepi..!
rehat kepenatan..ada food court kat sini..pelbagai masakan ada..
sofeyya..awal-awal lagi dah dapat bola angin 'strawberry'..sukanye dia.!
hai..org di tengah tu..apa yg dok berangan tu..ingat org jauh ker?..hikhik
sofeyya dan muaz..makan kena bersuap..nyum nyum
Menginap di Desa Anthurium Apartment..puashati kalu datang dengan famili
bergambar kenangan di Bharat Tea Plantation (Cameron valley tea)..sejukk.!
sofeyya kalau dah dapat naik 'yaiyoo' nih tersengih memanjang.! takmo turun dah..!
ibu dan sofeyya..jalan-jalan tengok bunga..
ketika perjalanan pulang sempat singgah di Ipoh..menjenguk adik Ahmad di PUO..

Hujan lebat disepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Selamat tiba ke rumah jam 8.00 malam.

wassalam

Kursus lagi..

Pada Isnin 03.11.2008 yang lalu..
Menghadiri Kursus Taksin Qiraat Al-Quran anjuran Jabatan Pelajaran Selangor selama 3hari 2malam di Glory Beach Resort, Port Dickson.
sempat juga mencuba highway baru LEKAS tapi laluan ke Seremban masih belum beroperasi lagi.
masih baru dibuka..belum banyak kenderaan yg melaluinya.
Glory Beach Resort, Port Dickson..banyak juga jabatan kerajaan mengadakan kursus di sini.
pemandangan di poolside yang berlatarbelakangkan laut..

..sekian..

jalan-jalan ke pantai timur..

Musim cuti hari perayaan ini sempat juga pergi menziarahi saudara-mara (sebelah suami)
di Kelantan dan Terengganu.Sambil itu, boleh bawa sofeyya bersiar-siar sambil melihat pemandangan di tepi pantai.Walaupun cuti agak terhad namun trip ke sana amat menyeronokkan.Simontel sofeyya lah yg paling seronok..!!
sofeyya dgn 'spongebob'..di Chalet Tmn Rehlah, Pantai Bisikan Bayu.
angin nyaman..sofeyya pulak dah tak sabar nak mandi air laut.
mula-mula main pasir jer..lepas tu terus meluru ke gigi air..buat risau papa je..
mula bertolak dari D'Rizan Resort menuju ke Setiu..nak jumpa dgn TokMi..
Perjalanan diteruskan,pulang ke Kuala Lumpur dengan selamat..amin

..sekian..

Monday, October 13, 2008

TaHniAH.!! cahayamata kedua utk mama kemar dan papa iwan..

TAHNIAH..!!

Pada raya ke-3, mama kemar selamat melahirkan 'baby boy' yg comel.
pukul 9 mlm di Hospital selayang.
amalin dah dapat adik yer..
bertambah satu lagi cucu TokAbah dan TokMi..hehe

papa iwan nak letak nama apa yer?..

papa iwan dan mama kemar..dgn wajah berseri-seri..hehe

sofeya dan amalin..raye baru bertemu.. :)

raya ke-3.. sempat si montel sofeya beraya dgn sepupunya amalin (pun montel gak..) hehe..
ni masa beraya lagi kat umah TokMi..
puas posing cengitu..cenggini..ahak!
dah tau main organ eh?
penat ke? huhu
senyum lagi..
tak puas beraya dgn si montel ni...ibu dah semput menahan airmata..
insyallah..tahun depan boleh beraya lama dgn ibu dan papa..

SeLaMaT HaRi RaYa aiDilFitRi 1429H

Salam..

dua hari terakhir sebelum 1 syawal..
sempat pulang berpuasa dan berbuka dengan famili di kampung.
persiapan terakhir sebelum raya..menyediakan lauk pauk, kuih muih, ketupat dan rendang.
penat sedikit, tapi menyeronokkan sebab kami bergotong-royong menyiapkan apa yg termampu.
si montel sofeya pun sama 'menyibukkan' diri..
nak menolong ibu..niat baik, tp sayang orangnya 'kecik' lagi..
nanti lah, bila sofeya dah besar nanti bolehlah tolong ibu menyediakan hidangan raya.
kami sambut secara bersederhana sahaja tp penuh ria dan ceria.!

pada hari raya ke-2 pulang beraya semula ke rumah mami dgn si montel sofeya..

syukur kepada Hadrat Ilahi kerana masih diberi nikmat umur dan Rahmat
dapat menikmati Raya aidilfitri ini dgn aman dan selesa..amin

nak mam apa la nih..ermm
posing dgn baju raye dulu la..
menyelerakan..!! tak puas makan masakan ibunda..

..gambar lain akn menyusul nanti..hehe

..sambungan
Ini pula tambahan kepada gambar raye..

..nih ibu dengan simontel sofeyya..
sofeyya manja dengan papa..
gambar famili..simontel tu pulak dok nangisss..!!

..sekian..

Friday, May 16, 2008

SeLaMaT HaRi GuRu !!

16 Mei 2008 - Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di dunia.!!
he..he..

Lawatan ke Terengganu

Assalamualaikum..
Bulan Februari yang lepas, sempat juga kami sekeluarga melawat
pekan Kuala Terengganu. Antaranya ialah tapak pembinaan replika masjid terkenal
dari seluruh dunia. Alhamdulillah, cuaca cerah dan semua masjid dapat dilawati.
Seronok melihat telatah si comel..sofeya afifi, masa nie rambut dia dah digunting pendek..hehe