Thursday, November 23, 2006

Sepagi Khamis

Kelas pagi ni aku masuk juga....buat revision dan latihan sebelum masuk mid-term. Hasrat hati nak sambung chapter minggu lepas yang dah tinggal separuh.......selsema aku masih tak baik lagi..bila bercakap rasa tercungap2 pulak, tekak gatal n dan rasa nak terbatuk. Serasa ni laaa demam +selsema+batuk yang lama aku alami. Tapi kena bersyukur juga aku masih larat nak pergi kerja...klu demam yang asyik nak terbaring tuuu...Alhamdulillah ya Allah.
Macam2 soalan yang student tanya, sebenarnya lebih berupa mencari soalan spot n bertanya tentang kemusykilan.Aku cuba beri keterangan yang perlu sahaja. Tips nya ialah..........study...baca buku!!!!!!!!. Mengeluh semua orang. Mana taknya mereka semua tahu aku yang buat soalan, sure dia ingat aku boleh bagi soalan cepu mas bernilai jutaan ringgit. Aku terangkan sebagai pembuat soalan la aku kena berlaku adil.....Kalau aku bocorkan rahsia, apa hal pula student di branch lain. Mesti mereka kata tak adil sebab semua student kat KL ni saja yang dapat high score.kira2 macam hakim laaa...mana boleh jalan kan hukuman satu tempat dengan satu tempat lain berbeza hukuman.
Betul....sebagai tenaga pengajar...keadilan itu perlu, walaupun kita yang mengajar, membuat soalan , tahu jawapan...tapi tak seharusnya kita bantu student dengan mendedahkan soalan dan bantu lagi mencari jawapan. Exam adalah exam, semua orang kena ambil secara hak dan tanggungjawab.Aku masih ingat satu kejadian di mana seorang tenaga pengajar yang bukan sahaja membocorkan soalan pada student, malah memberi sekali skema jawapan agaknya. sebab ketika aku menanda kertas jawapannya, tanda noktah dan koma pun sebijik sama dalam skema. Sikap ini akan membuat kan pelajar kerugian sebenarnya. Walaupun mereka boleh pass, lulus cemerlang...mereka rugi dalam erti kata lain, hilang ilmu, hilang berkat, dan tidak jujur....hasilnya suatu hari nanti pelajar itu akan malang dan menyesal.
Justeru itu, aku nasihatkan diri aku sendiri kena berhati2, sememangnya aku ingin sangat menolong para pelajar, apatah lagi yang selalu missed kelas n yang malas hantar assignment tu....tapi aku harus juga mendidik supaya mereka lebih menghargai ilmu.
Sebab aku dulu ketika belajar...dengan segala kedhaifan yang ada kami harungi, namun untuk menjadi pengkhianat dalam mengejar ilmu...tidak sama sekali. Lagipun bila kita lalui kesulitan dan kesusahan......at the anding...kita akan rasa nikmat kemanisan dan kesenangan....yang paling enak dan menarik...kan best tuuuuu...baru berbaloi!!!!!

No comments: