Empat hari anugerah kesihatan diri ini diuji Allah....demam +selsema+batuk. ditambah pula ada asthma....Hanya Allah sahaja yang tahu. Sebenarnya sejak hari Jumaat lagi, hidung dah rasa lain macam. Tapi aku gagah kan juga diri nak jadi MC...tu pun bidan terjun sebab tolong ganti kan real MC yang MC. Sebenarnya kami dah dua tiga menjak ni sibuk prepare untuk majlis konvokesyen yang akan di adakan awal Disember ni. Disebabkan MC nya tak sihat...so, aku pun dilantik laa...apa laa lagi, kelam kelibut laaa buat teks. Dapat pulak padanan dengan senior...aduhhh...susahnya nak cari chemistry. Aku berdoa dan berdoa...moga si MC tu cepat laaa balik....
Sabtu...lagi laaa rasa tak sihat...tapi makan ubat + jagaan dari my hubby, ok laaa sikit..apalagi nak balik kg jumpa sofeyya...lagi laaa jadi baiknya..siap boleh hadir rumah terbuka lagi. Sayangnya aku tak boleh cium n peluk sofeyya sebab takut dia pulak berjangkit.....sayang ibu!!!!!
Emmm...sofeya dah pergi jumpa doktor...dah lulus ujian2 yang harus dihadapi. Mata, telinga, kuku, lidah, kulit semua ok. Kaki, dah boleh berlari pun. Tangan, bukan sejari dua....dua2 belah tangan dah masuk mulut. Sekarang ni dia ada kegemaran baru....suka sembur2 mulut...aduhhhh...orang tua2 cakap...kalu acap benar anak buat sembur2 macam tu...alamatnyaaa rambut ibunya akan gugur!!!....patut laa rambut ibu larah bagai nak rak.
Aku harap-haraplah itu suatu mitos....dan ianya akan berubah nanti. Tapi...tak boleh tunggu je...kena buat sesuatu niii.
Isnin...aku memang tak larat...ahad dah jumpa doc, siap minta MC..kalau2 tak larat nak pergi office nanti. Terkenang juga kat student...yg aku janji nak bagi soalan spot exam...kesian diorang....maaf laa banyak2. Dan memang...aku beralah juga. Ada hikmah disebalik kesakitan. Agaknya aku dah lama tak bermuhasabah diri, maka Allah beri peluang ini untuk memikirkan betapa Allah beri kesempatan berehat dan mengingatiNYA. Bila kita sakit, bermaksud Allah mengingati kita. Alhamdulillah....aku boleh rehat...tido...n solat n mengaji selama boleh...di mana kesempatan2 lain...aku terkejar2 masa n kadang terlepas nak buat yang sunat tuuuu...syukurrrr.
Terima kasih Ya Allah..atas anugerah ini....terima kasih my hubby..atas kasih sayang dan keprihatinan..... terima kasih wahai diri....atas kekuatan dan kesabaran....yang semuanya dariNYA semata.


No comments:
Post a Comment