Bukan senang nak jadi seorang pengurus yang baik.... pengurus jadual harian...jadual kerja...jadual kewangan dan macam2 lagi yang melibatkan urusan kehidupan harian. Ini lah yang terjadi pada aku. Selama ini aku bukan laa seorang yang buat kerja last minit...tapi minggu ni entah apa yang tak kena....membuatkan kelam kabut sikit hingga...banyak kerja tergendala...sudahnya apa yang harus dibuat tak terbuat...yang tak harus pula mendapat tempat pertama.
Selepas ini kena beringat...hidup mesti ada satu perjalanan yang terurus... kena ingat perkara2 penting seperti jadual waktu, kelas, dan nota2 pengajaran.... haruslaa siap sedia..terfotostat. Tidak la terjadi macam aku..nak mengajar Islamic studies, terbagi nota moral pada student. Dah mengajar barulaaaa tahu. Student pulak...dah tahu nota tu salah...buat dono je tak nak tegur...Ah!!! tak perihatinnya.
Oh yee...Sofeyya dah 4 bulan. Dah boleh makan sikit2. Berat pun dah cecah 6kg. Dah banyak perubahan yang dia dapat buat. Dia dah boleh pegang mainan, boleh masukkan mainan, kain or whatever dalam mulut. Pandai nak keluarkan lidah bila tengok orang buat macam tu, dah pandai nyanyi n membebel versi baby laaa ...n dah pandai angkat punggung nak mengundur.
Bila tengok perubahan yang hadir dalam diri anak...terasa bahawa perubahan juga berlaku pada diri kita. Contohnya...dulu muda...sekarang dah ada umur (heheheh)...dulu relax...sekarang sibuk, dulu lapang..sekarang busy...dulu rajin sekarang malas...dan banyak lagi.
Kita selalu nak melihat perubahan pada diri anak2 kecil...hingga tak terasa perubahan pada diri kita. Sedarkah kita????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment