Entah mengapa aku teringat2 satu kejadian di Hari konvo walaupun dah berapa hari berlalu. Postmoterm pun dah lepas...tapi entah mengapa ianya masih berbekas di hati. Hari tu..aku jadi staff perbarisan dengan beberapa staff lain dan usher2. Sementara semua student dikehendaki melalui acara 'perbarisan' sebelum masuk dewan. Kemungkinan kerana dah lama berbaris di tambah pula dengan hari yang membahang, ramailaa student2 ni yang resah gelisah, duduk bangun, terjoget2...dan macam2 aksi sementara riuh rendah antara satu sama lain. Dalam ramai2 student tu, tiba2 ada seorang student perempuan yang aku tak ingat dari branch mana datang kepada ku...Sambil berbisik dia tanya samada aku ada mempunyai selotape atau apa2 pita. Aku hanya menggeleng kepala sambil berfikir nak buat apa laa budak ni....tak kan nak selotape kupon kot kad baju. Dia bertanya lagi samada ada diantara para pensyarah lain yang mempunyai selotape itu, aku mula cuak...memandangkan di tengah2 hari ni ...diluar dewan..mana nak cari benda alah tu..lainla kalau kat meja registration!!...Namun melihat wajahnya yang mengharap...sambil berkata Tolonglah cik...kawan saya nak" aku bergerak juga cuba2 bertanya pada kak seri,...Gee yang aku nampak melintas.Tak seorang pun ada, lalu aku bergerak ke dalam dewan.
Terserempak dengan Nurul, nasib baik dia ada membawa double tape.Aku menyambar dan terus memberi kepada student yang meminta itu. Student yang menerima itu terus aku lihat memberi kepada salah seorang yang lain, dan pelajar itu terus mengambil dan bergegas ke dalam dewan. Aku hanya memerhati dan termanggu2.Sempat aku lihat Hana mengingatkan pelajar itu jangan lama sangat.
10 minit, aku lihat pelajar terbabit datang semula memulangkan semula double tape kepadaku dengan ucapan terima kasih. Mata aku tercari2 melihat dimana laaa student tu tampal tape itu, akhirnya aku nampak di kasutnya berbelit2 double tape itu di situ dan aku juga melihat kasutnya yang dah terkoyah...lusuh dan barangkali terkopak antara tapaknya dan kain kasut.Allah hu Akbar!!! Tersentak rasa hati...sambil itu aku dapat menangkap kain baju kurung yang aku kira biasa2 di mata ku.
Sungguh mungkin aku boleh meneka mungkin kasutnya tercabut atau lengkang dengan tiba2, tetapi Hatiku lebih mengatakan bahawa itu adalah kasut lama yang dipakai semula untuk hari bersejarah ini. Senyum malu pelajar itu masih aku ingat kerana mungkin dia sedar kasutnya yang berbelit double tape itu mencuri pandanganku.
Entahlah...mungkin aku tersilap, namun hati aku merasakan mungkin dikalangan seramai2 student yang ada...pasti ada yang melalui satu keadaan yang sukar untuk melengkapkan diri sesempurna mungkin di saat ingin menerima satu anegerah yang sangat besar dalam hidup. Mungkin tidak mampu, dari segi fizikal, kewangan mahupun kesempatan.Bersyukurlah kita sewaktu waktu dahulu dapat menghadiri satu konvokesyen yang terulung dengan baju, kasut, tudung yang baru dan cantik....dengan berjambak2 bunga yang harum dan dengan diiringi dengan orang tersayang....mungkin ketika itu juga ada seseorang yang tidak ada semuanya itu melainkan seada2nya sahaja.
Esok...ada kelas ganti...lambat sikit bertolak ke kampung...aduh sofeyya..rindunya ibu....


1 comment:
Sedihnya citer tu.... ciannya... sayu nyer ati aku baca kisah budak tuh... ye la dulu masa kita konvo.. seminggu atau sebulan sebelum dah siap kasut baju and macam-macam lagi... budak tuh... waaaaaa sedihnyaaaa... entah org tersayang dia ada ke tak... tapi aku bangga sebab budak tuh dapat gak segemgam diploma yang diidamkan...
Post a Comment