Wednesday, December 13, 2006

Minggu yang meletihkan

Alhamdulillah....semuanya berjalan lancar...sungguh2 meletihkan. Dah habis konvo sambung pula kelas n soalan exam yang bertimbun, key in markah, tanda paper n assg student yang bertimbun.Boleh demam rasanya...dan bukan seorang staff yang tumbang...hari isnin tu...ada 5 orang yang MC sebab keletihan. Tapi syukurlaa semua nya ok. Rasa syahdu masih tertinggal di hati melihat Pelajar Bestari yang menerima anugerah dengan CGPA 3.91 dengan menggunakan kerusi roda yang harus dibantu oleh orang lain. Kuatnya semangat...besarnya cita2 dan itulah kekuatan diri yang ada untuk terus berjaya. Hampir menitis air mata melihat pelajar itu yang sebak diselepang oleh Pak Ungku Aziz dengan selepang keramat(istilah kat sinila). Berbesarnya hati seorang ibu bile melihat permata hatinya yang lumpuh itu mampun menjadi lebih istimewa daripada orang lain untuk mencapai kecemerlangan. Dalam hati aku berdoa semoga Sofeyya satu hari nanti akan sentiasa sihat...berjaya...cemerlang dan menjadi orang yang bersyukur.
Minggu lepas tak dapat tengok Sofeyya, selasa lalu kena cucuk 5 bulan, khabar dari kg sofeyya demam.kesian dia, dia sebenarnya anak yang kuat, mungkin berjauhan dari ibu, tak dapat breast feeding, barangkali daya tahan badan berkurangan berbanding baby yang menyusu ibu. Tapi alhamdulillah, jika tidak kerana cucuk tu...dia memang baby yang sihat. Semalaman aku mendengar suara dia dalam telefon, barangkali dia pelik agaknya bila neneknya letakkan gagang kat telinganya lalu dengar pulak suara memanggil2 namanya. Bagi aku dapat mendengar suara pun satu nikmat.Poor sofeyya!!!....tak peee...minggu ni aku ambik dia duduk Kl cuti sampai tahun depan. Insya Allah.
Sebenarnya letih tak habis lagi..aku tengah siapkan susunan markah dan perlu key in dalam komputer untuk perlepasan sistem. Benda tu laa yang malas sangat nak buat sebab nak tunggu student hantar assg 1, nak marks satu hal...isi pulak satu hal..banyak kerjanya. Ialah dah tugas....yang aku geram bila student lambattttttt sangat hantar...due date dah habis pun terhegih2 lagi merayu nak hantar...tak ambik kesian pulakk...last2 lect yang kena marah...sebab lambat hantaq markah!!!!
Aku berdoa semoga semuanya boleh siap sampai hujung minggu ni...sebab aku nak bercuti minggu depan sampai tahun depan...dan semoga ada rezeki untuk dapat KPLI...lambat betul resault ni...buat aku berdebar2 pulak.

No comments: