Salam semuanya...salam Aidilfitri...Minal aidil walfaizin..semoga di bulan yang mulia ini semua insan yang masih hidup dan yang sudah pergi akan mendapat rahmat dariNYA Insya Allah.
Dah lama tak menulis....Afifi dah masuk 3 tahun 2 bulan..Amni pulak dah masuk 9 bulan...baby pulah dah nak masuk 6 bulan..cepat sungguh masa berjalan. Sedar tak sedar dah masuk 3 anak aku. Oh ye...nak cerita pasal raya. Pasti setiap orang mempunyai kesan kenangan yang amat bermakna pada hari raya yang telah dilalui. Kami pun begitu....serasa kita menanggung kesedihan. pada hal ada orang lain lagi yang menanggung beban, menggalas air mata.
Tahun ini kami beraya tanpa orang-orang disayangi di sisi. Pemergian De (mak saudara aku, adik mak) julai lalu, sangat memberi kesan dalam perayaan kami, mana tidaknya, hilang suara riuhnya...tiada gelak tawa mesranya...dia pergi selepas ayah de pergi Januari lalu...membawa segunung derita kanser paru-paru yang tidak diketahui mana puncanya. Apa yang ditinggalkan 2 orang anak yatim yang hilang ibu ayah....begitulah kita tidak tahu sepanjang mana umur kita ditahun ini dan akan datang.
Kami juga kehilangan mak teh (mak saudara ipar mak) yang juga pergi Februari lalu, meninggalkan juga 3 anak yatim yang kehausan perhatian. Namun apalah daya kita kerana kuasaNYa sangat mengatasi segala-galanya.
Begitulah datang dan perginya Ramadhan dan Syawal yang sangat terasa ketiadaan orang-orang disayang kerana pada bulan inilah kita boleh bertemu, boleh berkumpul, bermesra dalam kelompok yang ramai namun ianya tak cukup korum kerana mereka itu lebih disayangi Allah Taala. semoga inilah sempadan yang harus kita ingat, Usia tak sentiasa mengiringi perjalanan. Nyawa tak semestinya tetap di badan dan impian tak semestinya akan kekal di genggaman. Doalah yang akan menentukan semoga kita semua di dalam keredhaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment