Monday, February 16, 2009

Majlis Kenduri Cukur Jambul..Sofrina Amni

Alhamdulillah..
Segala Puja dan Puji Hanya Untuk Mu..
Allah Maha Pencipta Lagi Maha Berkuasa

Pada 14/02/2009 Sabtu.Satu majlis kenduri telah diadakan bersempena dengan
'Majlis Kesyukuran Cukur Jambul' untuk anakanda Sofrina Amni.
Majlis ini telah dibahagi kepada dua bahagian.Iaitu majlis marhaban, selawat dan doa selamat serta cukur jambul/rambut.
Pihak Wanita mendahului majlis tersebut selepas waktu Zohor.Manakala, pihak lelaki pula selepas waktu Solat Asar.Ramai yang telah hadir bagi menjayakan majlis ini.

Sofrina Amni tenang menanti majlis yg hampir dimulakan..
Penyertaan dari kaum wanita amat menggalakkan..tema warna hijau yg menenangkan.
Kumpulan Marhaban..memulakan acara..Marhaban Ya Marhaban..!!
Kelapa -alat kepada adat/tradisional yg digunakan..beserta air zam zam, kurma, kismis, garam dan gula..
Amni : nak kena cukur rambut ke..?
Amni : alamak..! lepas nih botak la kepala..kakak afifi jangan gelak yerr..!
Orang penting di belakang tabir..hehe
Amni : ibu, sakit ke cukur jambul nih.?..
Ibu : ha..kan ibu dah kata..tak sakit pun..!
Amni : yer..betul la tak cakit pun..macih ibu..!
Inilah kemuncak majlis yg ditunggu-tunggu..silakan jangan segan-segan..hehe
Pihak lelaki pula mengambil bahagian selepas Asar..Salallah ala Muhammad..Sallallah alaihiwassallam..

Syukur kepada Ilahi kerana majlis dapat berjalan dgn lancar dan jayanya.
Ucapan ribuan terima kasih kepada saudara mara,jiran tetangga dan rakan terdekat serta kumpulan Marhaban pihak wanita dan kumpulan Ahli Surau pihak lelaki kerana telah sudi hadir bagi sama-sama menjayakan majlis ini.Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa baik dan komitmen yg telah diberikan..InsyAllah

sekian, wassalam

Tok Mi dan Tok Abah datang berziarah..

Assalamualaikum..wbt.
Salam ceria untuk semua..

Syukur keatas Hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya
Pada tanggal 7/02/2009 Sabtu..
Rombongan Tok Mi dan Tok Abah serta ipar duai telah berbesar hati datang
menziarahi keluarga besan di Jerantut.Bersempena juga berhajat menjenguk cucuanda Sofrina Amni yang baru mencecah umur 1 bulan 2 hari..

Sedang berbual sambil memerhatikan telatah cucuanda Amni
keceriaan terpancar diwajah..yela..lama dah tak bersua..hehe
CikNgah Yana..sedang memangku baby Amni
Bila besan bertemu..banyak perkara yang hendak dibualkan..
Baby Amni dalam pangkuan Tok Mi..
Tok Abah dan cucuanda Amni..cucu yg ke-12..ramai tu..!!

Ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat rombongan Tok Mi dan Tok Abah
serta ipar duai yg telah sudi meluangkan masa berziarah ke rumah besan di Jerantut
bersempena menjengah cucuanda Sofrina Amni.
Sekiranya ada kekurangan dalam layanan dan sambutan dipihak anakanda berdua harap dimaafkan.
Moga bertemu kembali pada kelapangan yang lain.
Terima kasih daun keladi..

wassalam