Wednesday, December 10, 2008

Perkembangan baby Adlin Mukhriz..

Pada 25.11.2008 sempat menziarahi mama Kemar dan baby Adlin di kediamannya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.Baby Adlin dah cepat membesar.Seronok lihat perkembangannya.
Sofeyya pun suka usik baby nih..geram kot..!

sentiasa senyum jer baby adlin nih..
sofeyya jangan usik baby tauu..!
baby adlin dah nak tidur ker nih?
..cakk.!!
sempat lagi kakak sofeyya dan kakak amalin nih..berposing.!

Hepi mama Kemar sebab dapat anak 'sepasang'..lelaki dan perempuan.
nak tambah lagi ker tahun depan?..hehehe..
usaha..jangan tak usaha..! hikhik

Trip ke Cameron Highlands..

Pada 22.11.2008 yang lepas, kami merancang untuk pergi bercuti ke Cameron Highlands bersempena musim cuti sekolah.Sofeyya pun belum pernah ke sini lagi.Penginapan telah ditempah dua minggu lebih awal.Cuaca cerah membuatkan percutian berjalan lancar dan menyeronokkan.
tiba di Berincang..nak cari tempat makan tengahari..sofeya dan muaz dah melonjak hepi..!
rehat kepenatan..ada food court kat sini..pelbagai masakan ada..
sofeyya..awal-awal lagi dah dapat bola angin 'strawberry'..sukanye dia.!
hai..org di tengah tu..apa yg dok berangan tu..ingat org jauh ker?..hikhik
sofeyya dan muaz..makan kena bersuap..nyum nyum
Menginap di Desa Anthurium Apartment..puashati kalu datang dengan famili
bergambar kenangan di Bharat Tea Plantation (Cameron valley tea)..sejukk.!
sofeyya kalau dah dapat naik 'yaiyoo' nih tersengih memanjang.! takmo turun dah..!
ibu dan sofeyya..jalan-jalan tengok bunga..
ketika perjalanan pulang sempat singgah di Ipoh..menjenguk adik Ahmad di PUO..

Hujan lebat disepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Selamat tiba ke rumah jam 8.00 malam.

wassalam

Kursus lagi..

Pada Isnin 03.11.2008 yang lalu..
Menghadiri Kursus Taksin Qiraat Al-Quran anjuran Jabatan Pelajaran Selangor selama 3hari 2malam di Glory Beach Resort, Port Dickson.
sempat juga mencuba highway baru LEKAS tapi laluan ke Seremban masih belum beroperasi lagi.
masih baru dibuka..belum banyak kenderaan yg melaluinya.
Glory Beach Resort, Port Dickson..banyak juga jabatan kerajaan mengadakan kursus di sini.
pemandangan di poolside yang berlatarbelakangkan laut..

..sekian..

jalan-jalan ke pantai timur..

Musim cuti hari perayaan ini sempat juga pergi menziarahi saudara-mara (sebelah suami)
di Kelantan dan Terengganu.Sambil itu, boleh bawa sofeyya bersiar-siar sambil melihat pemandangan di tepi pantai.Walaupun cuti agak terhad namun trip ke sana amat menyeronokkan.Simontel sofeyya lah yg paling seronok..!!
sofeyya dgn 'spongebob'..di Chalet Tmn Rehlah, Pantai Bisikan Bayu.
angin nyaman..sofeyya pulak dah tak sabar nak mandi air laut.
mula-mula main pasir jer..lepas tu terus meluru ke gigi air..buat risau papa je..
mula bertolak dari D'Rizan Resort menuju ke Setiu..nak jumpa dgn TokMi..
Perjalanan diteruskan,pulang ke Kuala Lumpur dengan selamat..amin

..sekian..